Tuesday, October 23, 2007

Taklimat perdana


Bangun pukul 6.00 pagi. tengok tv selepas menunaikan solat subuh sambil menantikan pukul 7 untuk amek breakfast. Check out tepat kul 7 pagi. breakfast makan nasi lemak sikit ngan sausage fresh orange roti 2 keping campor salamis dan keju. selepas breakfast terus menghadirkan diri di mesjid alor Gajah mendengar taklimat mengenai pemergian haji anjuran Utas Travel selepas 4 kali taklimat yang diadakan tidak dapat hadir dan kali ini kita diminta hadir seawal 7.30 pagi. selepas membuat pendaftaran terus kedewan utama untuk mendengar taklimat dari pegawai syarikat. kita dipertontonkan dengan video pesanan pengarah urusan apa yang patut dan tidak patut diperlakukan bila berada di tanah suci serta review mengenai rukun haji dan tempat penginapan. selepas makan tengah hari dan solat zohor para jemaah mengerjakan solat hajat berjamaah. taklimat disambung semula hingga ke pukul 5 petang. dan sebelum pulang para jemaah di minta mengambil tag nama beg vest topi dan t shirt yang akan dipakai semasa membuat lawatan di medinah dan mekah. secara umum nya taklimat yang membosankan.

No comments: