Tuesday, October 30, 2007

kesian....

Apa lah nasib dia hasrat yang begitu murni tak dapat penghargaan langsung . Sekurang kurang nya kenang lah jasa beliau yang membesarkan nya sehingga dia besar panjang. Aku paham ayanhnya tak leh nak kata apa bukan kerana tak sayang tapi nak pelihara nama baik sebenarnya. Dia menanggung nya seorang diri.

Sunday, October 28, 2007

tarikh penerbangan

smalam pegi JB menghadiri majlis pertunangan anak kepada Idris Mohammad @idris segget yang bekerja di kastam diraja. Aku diamanahkan sebagai wakil tuan rumah bagi menerima kedatangan rombongan pihak lelaki. Kelakar beruk namun untuk tidak menghampakan nya aku buat gak Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Majlis bermula pada jam 3 ptg sebelum tu pergi menziarahi kawan di Kulai sebelum ke Taman penggawa barat juga menziarahi kenalan sambil bermahaf maafan. Aku di jadualkan akan berlepas ke madinah pada jam 2.30pagi 19 hb November 2007 . surat resmi dari utas belum diterima tapi salinan fax telah diterima yang menyatakan agar aku melaporkan diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 18 Nov 2007 jam 10.30 malam.

Penerbangan akan menggunakan pesawat Saudi airSV5100 dan penerbangan di jangka sampai di madinah pada 6.40 pagi waktu madinah sementara penerbangan balik pada 2 Jan 2008. lebih kurang 46 hari. satu jangka waktu yang agak panjang
senarai panjang barang keperluan haji telah dibuat cuma ada beberapa item yang msih belum di beli. cadang nak bli digital camera at least 7mpixel yang sedia ada cuma 2mpixel itu lah yang aku ayak kesana sini dan telah menjelajah banyak negara dan patut pun ditukar baru, handfon tvmobile yang sedia ada juga dah absolete sandals kot yang ni saja je nak tukar video digital tapes at least 5 keping dan beberapa items keperluan peribadi. yang lain rasa nya dah settle.
Motor dan kereta lum decide nak taruk kat mana. kalau suma ni dah settle rasanya aku akan berlepas dengan lapang hati bagi melaksanakan rukun kelima insyaallah.......

Tuesday, October 23, 2007

Taklimat perdana


Bangun pukul 6.00 pagi. tengok tv selepas menunaikan solat subuh sambil menantikan pukul 7 untuk amek breakfast. Check out tepat kul 7 pagi. breakfast makan nasi lemak sikit ngan sausage fresh orange roti 2 keping campor salamis dan keju. selepas breakfast terus menghadirkan diri di mesjid alor Gajah mendengar taklimat mengenai pemergian haji anjuran Utas Travel selepas 4 kali taklimat yang diadakan tidak dapat hadir dan kali ini kita diminta hadir seawal 7.30 pagi. selepas membuat pendaftaran terus kedewan utama untuk mendengar taklimat dari pegawai syarikat. kita dipertontonkan dengan video pesanan pengarah urusan apa yang patut dan tidak patut diperlakukan bila berada di tanah suci serta review mengenai rukun haji dan tempat penginapan. selepas makan tengah hari dan solat zohor para jemaah mengerjakan solat hajat berjamaah. taklimat disambung semula hingga ke pukul 5 petang. dan sebelum pulang para jemaah di minta mengambil tag nama beg vest topi dan t shirt yang akan dipakai semasa membuat lawatan di medinah dan mekah. secara umum nya taklimat yang membosankan.

Sunday, October 21, 2007

keseorangan

sebenarnya kalau tanak tido kat melaka dengan memandu awal pagi ahad tu pun takper, tetapi saja nak tukar persekitaran aje. memang agak membosankan memandu berseorangan dimana akhirnya aku membuat keputusan untuk berhenti dan singgah di giant muar tengok apa apa barang yang perlu untuk persiapan haji. singgah kat kedai handfon suruh dia demo tvmobile agak menarik harga pun boleh lahhhhh entah hati ni cam 50-50 memandangkan ianya product cina. tak bli apa apa pun teruskan perjalanan cadang nak menginap kat melacca village resort tapi jauh laks ngan Jaya Jusco on the way tuh nampak kings hotel berhadapan dengan hospital putra so terus decide bermalam kat situh.

lepas solat jamak terus g jaya jusco tengok apa apa yang patut try perfumes tommy dalam hati kata kat madinah benda benda tuh murah banyak. 2 taun lepas bli cologne farrari 125ml baru 90 rial kalau kat sini 50ml dah kena 125rm terus batal dan decide akan bli kat Madinah. makan malam pekena nasi ayam. balik kehotel tido......

Friday, October 19, 2007

Suram lagi

kekadang cam tak caya raya dah seminggu berlalu tak banyak yang di ziarahi sedangkan kalau ikut plan cam nak raya semua rumah kenalan nak mintak mahap banyak banyak kat suma almaklum di jangka akan berlepas menunaikan rukun islam kelima dalam masa sebulan lagi. insyallah. petang tadi fadzli bersama keluarga datang menziarahi. dia pun tak dapat result lagi. Dia akan menginap di Hiro' Hotel. Kekadang terasa kuat betul semangat nya nak pegi dengan lima anak yang masih kecil tak dapat nak di bayangkan bagaimana pelakuan anak anak nya di tengah jutaan manusia terutama apa bila waktu wukuf dan di Mina. Semoga allah memberi kemudahan kepada dia sekeluarga . Dia kata dia nak tinggalkan anak anak nya pada kenalan nya di Mekah memandangkan dia lama duk mekah semasa kerja dengan construction co meroboh dan membina jumrah yang baru dan dia hanya dapat menyiapkan hanya dua tingkat. tak tahan katanya la ni dah siap lima tingkat kot......wallahhualam.
Malam ari tuh jumpa Zul contractor kat mesjid. Kalau nak diikutkan dia bukan kariah sini. Dia adalah kenalan setaman. wajahnya durja jer.... dia tak dapat gak result... tapi itu bukan pokok persoalan nya . Isterinya kena canser buah dada dan masih dalam proses kimo yang dijangka akan berakhir pada pertengahan November. pemergian nya akan di ketahui setelah sidang kedoktoran yang mengesahkan bahawa isterinya memang boleh pergi .. kalau tidak entah lah... doa untuk dia moga segalanya terlaksana .kesian dia.

Saturday, October 13, 2007

penantian

aku terbawa dengan peristiwa yang aku lalui tadi . dulu aku tak begini mungkin mata aku belum terdidik untuk menilai erti dan hala tuju kehidupan . Orang pernah berkata aku adalah peninggalan yang amat berharga yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa ku. bernilai kah aku. polar kehidupanku berkisar di tempat yang sama. Moga allah memberi hidayah untuk aku melihat sesuatu dari sudut berbeda. insyallah .
Apa sebenarnya yang aku cari dalam kehidupan ini.
tadi jumpa Zulkipli anak pak mat- sempat berbual sebentar dan sempat bertanyakan khabar keluarganya. mengikut katanya dia baru berbaik debgan isterinya. masyaallah - aku ingat lagi aku salah seorang yang pergi meminang isterinya di Woodlands Singapore. dia berkahwin dan di kurniakan anak satu pas tu ada komplikasi dengan keadaan diri isteri nya selepas melahirkan . la ni anak dia dah beso dah mengaji kat universiti multimedia. katanya isterinya terlalu cemburu hinggakan cemburu pada anak sendiri gila......
oleh kerana tertekan dengan keadaan dia kluar rumah dan memfailkan tuntutan cerai dengan alasan suaminya tidak berlaku adil berat sebelah pada keluarga lelaki. selepas 48 hari dia kembali lagi kerumah mintak mahap. mengikut zul dia duk sebumbung tapi tak bercakap dia terlalu frust dengan keluarga isterinya yang menyokong tindakan isterinya . dunia dunia.... macam macam ada.

Raya 2007 yang suram

smalam pegi menziarahi seseorang yang aku kenal, rumah nya murung jer kat porch ada kereta yang memang aku kenal dan kereta tu tak seperti yang pernah aku tengok sebelum nya ia nya telah lama di mamah usia dengan cat yang pudar dan tayar yang agak botak. suasananya tidak teratur, seperti biasa aku memberi salam dia merenung dalam kearah ku siapa..... aku agak hairan dia tak kenal aku.. muka kau ni biasa aku tengok siapa yek ... datang dari mana ... sudah - apa kena nya ni -tak kenal aku. dia terlalu uzur untuk mengenaliku hatiku terusik dalam diam jauh sudah perjalanan ini.
Puas aku menerangkan nya baru dia ingat.... alhamdulillah. memang benar kata pepatah mak pak leh jaga anak ramai anak tapi ramai anak tak leh nak jaga seorang bapak kesian.............. daif betul keadaannya. Dia mempunyai 5 anak yang sulung pompuan kat KL no 2 di Johor 3 dan 4 kat Kl gak yang no 5 di melaka anak dari isteri kedua . Dulu dia bermadu pas no 1 meninggal dia ceraikan istri kedua dan dia kawin lagi satu orang Teluk Intan perak setelah 17 taun kawin bariu baru ini dia bercerai dalam usia 79 taun pelik sungguh...itu lah mengikut cerita nya . Anak no 2 menjadi penterjemah yang kebetulan ada disitu semasa kehadiran ku.
Mahap bebanyak ... moga dia di pertemukan dengan apa yang diburu selama ini.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Langit lebaran telah dibentangkan
bumi lebaran telah dihamparkan
kudoakan hatimu seluas langit dan bumi
cukup untuk menampung dan mengampuni
semua tindakanku padamu yang menyakiti

Mohon dirimu sudi melengkapi
dengan mengampuni segala salah
yang kuperbuat selama ini

Seiring terbitnya matahari pagi
mohon dirimu sudi mengampuni
dosa-dosaku yang telah mengotori
hubungan kita selama ini

Di hari lebaran
mengemis kemurahan Tuhan

Perjalanan panjang
di Bulan Ramadhan
tempat kecintaan dibuktikan
dengan amal perbuatan

Tiada saat paling indah
selain mendapat kemaafanmu
sebelum aku memintanya.