Saturday, October 13, 2007

Raya 2007 yang suram

smalam pegi menziarahi seseorang yang aku kenal, rumah nya murung jer kat porch ada kereta yang memang aku kenal dan kereta tu tak seperti yang pernah aku tengok sebelum nya ia nya telah lama di mamah usia dengan cat yang pudar dan tayar yang agak botak. suasananya tidak teratur, seperti biasa aku memberi salam dia merenung dalam kearah ku siapa..... aku agak hairan dia tak kenal aku.. muka kau ni biasa aku tengok siapa yek ... datang dari mana ... sudah - apa kena nya ni -tak kenal aku. dia terlalu uzur untuk mengenaliku hatiku terusik dalam diam jauh sudah perjalanan ini.
Puas aku menerangkan nya baru dia ingat.... alhamdulillah. memang benar kata pepatah mak pak leh jaga anak ramai anak tapi ramai anak tak leh nak jaga seorang bapak kesian.............. daif betul keadaannya. Dia mempunyai 5 anak yang sulung pompuan kat KL no 2 di Johor 3 dan 4 kat Kl gak yang no 5 di melaka anak dari isteri kedua . Dulu dia bermadu pas no 1 meninggal dia ceraikan istri kedua dan dia kawin lagi satu orang Teluk Intan perak setelah 17 taun kawin bariu baru ini dia bercerai dalam usia 79 taun pelik sungguh...itu lah mengikut cerita nya . Anak no 2 menjadi penterjemah yang kebetulan ada disitu semasa kehadiran ku.
Mahap bebanyak ... moga dia di pertemukan dengan apa yang diburu selama ini.

No comments: