Friday, October 19, 2007

Suram lagi

kekadang cam tak caya raya dah seminggu berlalu tak banyak yang di ziarahi sedangkan kalau ikut plan cam nak raya semua rumah kenalan nak mintak mahap banyak banyak kat suma almaklum di jangka akan berlepas menunaikan rukun islam kelima dalam masa sebulan lagi. insyallah. petang tadi fadzli bersama keluarga datang menziarahi. dia pun tak dapat result lagi. Dia akan menginap di Hiro' Hotel. Kekadang terasa kuat betul semangat nya nak pegi dengan lima anak yang masih kecil tak dapat nak di bayangkan bagaimana pelakuan anak anak nya di tengah jutaan manusia terutama apa bila waktu wukuf dan di Mina. Semoga allah memberi kemudahan kepada dia sekeluarga . Dia kata dia nak tinggalkan anak anak nya pada kenalan nya di Mekah memandangkan dia lama duk mekah semasa kerja dengan construction co meroboh dan membina jumrah yang baru dan dia hanya dapat menyiapkan hanya dua tingkat. tak tahan katanya la ni dah siap lima tingkat kot......wallahhualam.
Malam ari tuh jumpa Zul contractor kat mesjid. Kalau nak diikutkan dia bukan kariah sini. Dia adalah kenalan setaman. wajahnya durja jer.... dia tak dapat gak result... tapi itu bukan pokok persoalan nya . Isterinya kena canser buah dada dan masih dalam proses kimo yang dijangka akan berakhir pada pertengahan November. pemergian nya akan di ketahui setelah sidang kedoktoran yang mengesahkan bahawa isterinya memang boleh pergi .. kalau tidak entah lah... doa untuk dia moga segalanya terlaksana .kesian dia.

No comments: